Monday, October 18, 2010

Latar Belakang Syarikat

Hassan Agrofood Enterprise (HAE) adalah kumpulan perniagaan yang telah diasaskan oleh Encik Affendy Hassan pada tahun 30 September 2010. Nama Hassan dalam kumpulan perniagaan ini adalah bersempena dengan nama Allahyarham Hassan bin Mohd Norchacho iaitu ayah kepada empat adik beradik iaitu Encik Affendy Hassan, Cik Alisawati Hassan, Cik Rozaliamisah Hassan dan Encik Wan Hady Hassan. Sebelum allahyarham meninggal, dia pernah bercita-cita untuk membuat kilang mi kerana mempunyai pengalaman membuat mi semasa muda-muda dahulu. Oleh kerana, beliau telah meninggal maka anak-anaknya telah menyampaikan hajat tersebut untuk menjadi satu perniagaan keluarga. HAE adalah sebuah perniagaan penghasilan makanan yang berasaskan kepada hasil pertanian dan perikanan. Produk utama yang dihasilkan oleh HAE adalah mi kuning kering dan diikuti oleh produik-produk lain seperti kuih jala, kuih tiram, maruku, baulu, rempeyek dan kacang soya.

No comments:

Post a Comment